Perlambangan Bulan sabit

Dalam ilmu nujum dan purba

Simbol bulan sabit telah lama digunakan mewakili Bulan dalam astrologi dan lanjutnya perak dalam bidang alkimia;[1] penggunaan ini dicatat seawal naskhah papirus horoskop zaman Yunani Purba.[2]

Perkaitan dengan agama

Ia dikaitkan dengan agama Islam serta kebudayaan yang dibawanya sejak zaman Uthmaniyah di mana suatu panji diraja bulan bintang digunakan rasmi masa pemerintahan Mustafa III (1757-1774) dan kemudiannya menjadi mapan pada waktu pemerintahan sultan-sultan Abdul Hamid I (1774–1789) dan Selim III (1789-1807). Titah bertarikh tahun 1793 menyatakan bahawa kapal-kapal di tentera laut Uthmaniyyah mempunyai bendera itu.[3] Penetapan ketat tersebut tidak disenangi penerbit-penerbit Islam yang menganggap ia suatu silap faham,[4] perkara ini dapat ditemukan dari gambaran penulisan Orientalis Barat dari seawal tahun 1928. [5]